Isnin, 9 Julai 2012

Selamat Datang Ke Blog Pusat Sumber SMK Labis





               Pusat Sumber Sekolah telah ditubuhkan pada 1992. Sejak dari tarikh ini PSS sekolah ini telah mula menampakkan perkembangan yang positif mengikut kemampuan dan sumber tenaga manusianya.Lokasi asal Perpustakaan dan Bilik ABM ialah di Aras  2 (Blok C) di bawah kelolaan Guru Perpustakaan Encik Adnan Safie. Kemudian Perpustakaan telah dipindahkan ke Blok D untuk menyediakan keluasan ruang yang lebih besar, sementara Bilik ABM masih berada di tempat lamanya.
               Atas usaha Puan Fatimah Yusuf, pustakawan serta warga sekolah, Perpustakaan dan Bilik BBM, Bilik Audio Visual telah berpindah ke Aras 2  (Blok G). Pembinaan makmal Komputer di Blok C telah dibuat atas sumbangan pihak PIBG.
               Pengurusan Puan Normawati Mohd Noh telah menjadikan PSS lebih ceria dengan koleksi bahan cetak buku dan bukan buku serta peralatan yang makin bertambah. Dua Makmal Komputer baru turut dibina di blok B. Apabila terbinanya bangunan baru iaitu Blok F dan Blok G, atas inisiatif dan kerjasama semua warga SMK Labis, Pusat Sumber telah dipindahkan ke Aras 1 Blok F. 
              

0 ulasan:

Catat Ulasan